love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 17, 2015

nak kurussss



slm satu malaysia
bertahun tak update blog kan
nampak sangat hidup semakin busy
umur semakin meningkat
berat pon bertumbuh dengan baik eh?
pastu hari ni rasa nak update blog tetibe
sebab at least kalu blog xde org baca sgt kot hehe
segan la katekan....hihi

berazam nak turunkan berat badan
memang org cakap "ala oke da tu umi ...ko nak kurus camna ag?"
tapi rasa xpuas sebab i prefer small numbers hahaha
so mcm semangat nak amalkan diet atkins tp xtaula sebab gastrik mula menaikan bendera tanda peperangan baru bermula jadinya nak diet gile2 akan mengakibatkan kekalahan yg terok huhuhu

takper...slow2 turunkan berat sbb yang penting the outcome tu bole maintain lama kan
exercise kena lebih n jaga makan

so starting mmg kena letakkan semua ukuran bdn supaya ada baseline heheh then bole sasarkan target

starting weight 54kg
height:156cm
bmi:22
waist: 29inch
hip:41inch
arm circumference:10.5inch

all the best!!!


Thursday, June 13, 2013

newborn photography




yeayyy akhirnya tercapai gak cite2 nak wat photoshoot utk iskandar. even time tu iskandar memang merengek2 nangis tapi jadila gak ada some of the pictures yg sangat cantik ^___^

ok malas nak tulis banyak sebab da takde masa since ada anak kecik ni kan. ni pon kena tulis cepat2 sementara budak ni tengah tido..huhuhu~

enjoy some pictures of our baby during his 39 days of life. 



















oh ye lupe nak bgtahu. photographer tu buat keje amal je amik picture newborn ni. duit hasil photoshoot akan di dermakan ke children trauma centre in gaza...wahhh i think iskandar bertuah sebab dapat contribute something for gaza. 


"Mr Alel Patalli, a talented photographer is running a charity program together with Genius Aulad and Islamic relief Malaysia. For every RM177 collected from this Photography Charity Event, RM150 will be donated to the Children's Trauma Centre in Gaza. Lets all come together and support this cause .For more details, please call/sms/whatsapp 017-6722207 .. and please help us to SHARE this program."








Monday, May 27, 2013

doa



ya Allah ..
anak ini telah menemaniku sejak ramadhan lepas...di mana aku baru memulakan tanggungjawab yg besar sebagai houseman..
anak ini telah bersama-samaku di dalam susah dan senang sepanjang aku menjalankan tugas di hospital..
maka Kau jadikanlah dia seorang yg amanah, bertanggungjawab dan sentiasa membantu mereka yg di dalam kesusahan..
jadikanlah anak ku ini seorang yg cekal,kuat dan tabah 




ya Allah..
anak ini telah menemaniku ketika hari bersejarahku
hari di mana aku menerima segulung ijazah sarjana muda
maka Kau jadikanlah anak ini seorang insan berilmu.. yang berjaya di dunia mahupun di akhirat






ya Allah..
anak ini telah menemaniku ketika aku berkhatam al-quran
maka Kau jadikanlah dia seorang hafiz..seorang yg terang hatinya menghafaz ayat-ayat al-quran
jadikanlah dia orang yg beriman dan sentiasa menjadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan hidupnya




ya Allah..
anak ini amanah Mu
anak ini ujian dariMu
anak ini kurniaan rahmat dan bukti kasih sayang Mu
maka Kau berikanlah kesabaran kepada kami dan kekuatan agar kami dapat menjaga amanahMu ini sebaiknya..
murahkanlah rezki kami dan bimbinglah kami menjadi ibu bapa yg baik agar kami dapat mendidiknya dengan cara yg betul dan mengikut agamaMu



i love u so much my dear WAN MUHAMMAD ISKANDAR BIN WAN IZZUDDIN


Monday, May 13, 2013

pantang


wah sekarang ni memang musim pantang memantang...hihu..pantang nampak....barang2 online la...kalo food apetah lagi...! wawawa berat aku macam dah merajuk je taknak turun dah...hmm harapanlah aku nak merasa badan kurus cam dolu2...

terkini aku nampak produk farmasi colour cosmetics ni menjadi2 di pasaran...cam femes je benda alah ni...menarik gak nengok bloggers pakai..cantik2....

korang leh singgah blog maria elena ke....fatin liyana ke...irine nadia utk tgk komen dorang pasal produk ni

ni yang buat nafsu membeli membuak2..haishh nasib ada duit poket sendiri so takdela hubby membebel..lalalala~









Ciri- Ciri & Kelebihan FCC BB & CC CREAM

* Wajah tetap kelihatan semulajadi setelah diaplikasi seperti tidak mengenakan sebarang solekan.
* Memberi litupan sama seperti bedak asas, namun, teksturnya yang lebih ringan dan tipis tidak menyumbatkan pori-pori sekaligus wajah kelihatan tidak berminyak.
* Mengandungi Multi-Vitamins yang membantu memperbaiki kulit dari masa ke semasa:

Persamaan BB & CC CREAM:

Macadamia Oil - Memberi kelembapan kepada kulit sepanjang hari.
Vitamin B3 - Mengandungi agen yang dapat mengembalikan
keserian semulajadi wajah anda.
Oat Extract - Menyuburkan dan menggalakkan pertumbuhan
sel kulit baru bagi mengekalkan keremajaan kulit.
Silk Protein - Mengandungi agen yang bertindak untuk
melembutkan, menghaluskan dan menghasilkan
tona warna kulit yang sekata.
Collagen & Argan Oil - Memperbaiki tesktur permukaan kulit dan
membantu mengurangkan garis-garis halus
dan tanda penuaan.

Kebolehan tambahan CC CREAM:

SPF 25 - Perlindungan lebih daripada sinaran cahaya UVA & UVB
Vitamin C - Anti-oksida yang membantu memperbaiki penampilan sun damaged skin, mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan hyper pigmentation dan meningkatkan keberkesanan sunscreen.

Tona : Light to Medium, Medium to Dark
Harga : CC CREAM - RM 45.90 (WM), RM 47.90 (EM)
BB CREAM - RM 39.90 (WM), RM 41.90 (EM)
Aplikasi : CC Cream - SIANG, BB Cream - MALAM....


haaahhhh....lagi satu yg wat aku teruja nak beli ialah produk premium beautiful..yelaaa semenjak da jadi mak budak ni..badan pon da kembang sana kembang sini..rase gak r nak dapatkan bentuk badan cam zaman anak dara dulu ( POSSIBLE ke??! )

harganye? hmmm bole tahan...membe skola aku ada jual..rm2.4K...makk aaiiii...duit gaji pokok sebulan aku tu...tapi dia cakap takdela bayar habis...bayar ansuran buleee ajeee...
so far aku tak decide ag nak beli ke x...tapi dalam hati tu berangan dah nak beli..



bak kata membe aku....produk premium beautiful ni boleh bantu korang

1. SELIM MELIM
2. KURANGKAN BUNCIT
3. LOSE WEIGHT
4. GAIN / MAINTAIN WEIGHT
5. SHAPING BODY
6. SHAPE CANTIK DI HARI RAYA NANTI
7. BERTUNANG / KAWEN
8. DAPATKAN SHAPE SELEPAS BERSALIN
9. HILANGKAN BACK PAIN

Tuesday, May 7, 2013

pengalaman bersalin part 1



crite bab bersalin ni ..huuu trauma2x...stiap org yg bergelar ibu mesti ada kisah yg tak dpt dilupakan. same goes to me.

16 april 2013
hari apoinmen di pusrawi. masa ni dah 2 hari post date. so doctor suh dtg check kot2 la ada progress then leh terus admit kan. nak ikutkan if si ibu takde masalah ape2, doctor akn benarkan postdate up to 7-10days. so dengan eksaitednye pada hari kejadian, beg2 sume telah dibawa bersama n jugak uang ringgit . memang prepare mentally n physically n financially...hihu. mase jupe doctor, dia wat VE ( vaginal examination) , dia ckp cervical opening dah 3 cm, soft, effaced and station 1...meaning mmg ada progress la jugak dari sebelum ni cume slow n doctor pon tanya ak, takde sakit lagi ke...ak jawab ada la jugak ckit2...tp still ok je. =)

then doctor bg pilihan, whether nak admit arini n induced atau tgu lagi 2 hari then kena serahkan diri utk di inducekan...maka aku yg berdebar2 ni terus terkelu lidah n memandang husband ku yg eksaited memberikan jawapannye kepada doctor utk admitkan aku arini jugak. huhu...CUAK ! aku yg dalam kecuakan ni pon bersetuju utk admit ( mmg dalam hati tak sabar nak bersalin gak...puas dah den tunggu iskandar..so this time tekadkan hati utk serah diri).

before masuk wad, kami suami isteri yang eksaited nak bgelar mama ayah ni pergi makan dulu di restoran haslam. masa tu macam kena paksa makan je...encik suami yg suke melantak pon tetibe jadi tak berapa nak selera. tapi dalam pada tak selera tu, kitorang habis gak sepinggan sorang. huhu

dan tibalah masa untuk masuk wad. berita kejadian telah disebarkan kepada ahli keluarga semua so harap2 semuanya doakan keselamatan si ibu n anaknye. pukul 4pm, dengan hepinye melangkah masuk ke labor room wad ar-rahmah tingkat 4. tuka baju pink comey kotak2 cam aritu n tunggu sampai misi datang. misi pelatih datang dengan sopannye memasang ctg . kontraksi tak berapa nak berlaku sangat. aku yang kebosanan ni melayan lawak yg tak jadi si suami n main2 hp.

tak lama kemudian, misi betul plak datang n cakap nak masukan enema. enema ni untuk lawaskan pembuangan najis n mengosongkan saluran tersebut supaya tidak menghimpit atau menghalang laluan bayi kelak. aku yang memang sedang nak terbuang ni pabila dimasukan enema lagila tak dapek nak tahan...huhu makanya aku rasa enema tu hanya bertahan beberapa minit dlm ni n kemudiannya aku dah ke toilet.

6.00pm. hmmm masih lagi belum induce. kalo gini gamaknya aku akan bersalin lambatla kan..huhu lagipon org cakap anak 1st ni lambat bukaan nye. maka layanla lagi kebosanan di labor room. kalo ada tv bestla jugak kan. nak makan hospitalnye food pon tak berapa nak selera. last2 husband habiskan. kesian jugak encik suami tidak ada food.

okla sambung len kali plak. =)

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers