love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 28, 2011

ceritera CiNtA

" umi, hari ni turn kita pulak untuk kutip derma . lepas rehat kita pergi okey. " ajak liana , sahabatku semasa di tingkatan 3 . kami sama-sama ajk biro kebajikan sekolah. " okey." aku jawab ringkas sambil melemparkan senyuman. dalam hati ni masih tebal dengan perasaan segan dan malu tiap kali nak masuk kelas-kelas senior terutamanya. kami akan ditugaskan untuk mengutip derma tiap kali berlakunya kemalangan jiwa atau musibah kepada pelajar atau family pelajar terbabit. 

aku dan liana berjalan dari level ke level. sekolah kami tak besar. cuma 2 blok. kelas pon tidak banyak. setiap batch cuma 5 kelas sahaja...nama kelas diberi mengikut nama sahabt2 nabi : abu bakar,omar,uthman,ali dan hamzah. wang yang dihulurkan oleh para pelajar kami sambut dengan ucapan terima kasih dan senyuman. kami menuruni anak tangga sekolah dan melangkah pula ke kelas di bahagian bawah dan tibalah kami ke kelas yang terakhir iaitu kelas tingkatan 4 uthman


knock! knock! aku mengetuk pintu kelas dan segera berjalan menuju ke arah cikgu yang sedang mengajar di hadapan kelas. aku dapat rasakan semua mata tertumpu ke arah aku. berdebarnya hati ni.." cikgu, kami dari biro kebajikan nak mohon derma bagi pihak yang memerlukan". gile skema kan aku cakap...hakhak.. cikgu kelas membenarkan kami mengutip derma. aku menghulurkan tabung kepada pelajar di barisan hadapan sekali dan tabung itu akan di hulurkan pula kepada pelajar seterusnya.  yela takkan aku pulak nak mengadap sorang2 dan hulur tabung??? segan kottt! ish3... terasa macam badut pon ade jugak berdiri tercongok tunggu tabung tu. haisshhh tak bole ke dorang ni cepat sikit hah?? 



okey dah sampai kat orang yang last sekali..aku baru je nak p amik tabung tu kat die, tibe2 budak lelaki tu bangun dari tempat duduk die kat belakang sekali tu dan jalan ke depan menuju ke arah aku. and hulurkan tabung tu kat aku. aku yang tanpa melihat wajah die cepat2 amik sebab dah tebal bape puluh inci dah muke ni dengan perasaan malu . tapi,,,tapi,,,tapi,,, tapi ape??? tapi...kenape aku rasa macam lain macam je ek??? masa aku amik tabung tu dari die tibe2 macam ade 1 perasaan pelik timbul dalam hati aku ni yang aku pon tak tau nak cakap atau explain cane. tapi memang pelik la. aku macam suke kat die. adekah sebab die tolong memudahkan keje aku anto tabung tu ke depan and bagi kat aku??? ish3.pelik tapi benar. 

siapa die tu..? yang aku perasan, die tu pengawas sekolah sebab terang2 la die pakai baju pengawas warna biru tu...tapi name die ape???



TO BE CONTINUED...


7 comments:

  1. segan naik bagan aku.kalau aku disuruh
    kutip satu demi satu.kena pula kelas yang aku
    ada jiran dirumah.nak kena sua tabung.
    jiwa kacau betul.

    # # Jiwa kacau bilau !# #

    ReplyDelete
  2. minta kat budak laki yang payah ni.kalau pun malu.

    # # Cinta ada 3 jenis !# #

    ReplyDelete
  3. ce cter umi..
    ce cter..
    leh wt novel da nih umi..
    da tau da hero n heroin die sape nih

    ReplyDelete
  4. nana : hehe in progress..ceritera cinta akan sambung ke part 3 skrg

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers