love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 11, 2012

majlis sanding 5512



salam. hai semua. eceh. hari ni nak update lagi blog.  okey jom cerita kisah majlis sanding aku. after 2 months baru nak citer kan. bese la tu. banyak komitment lain sejak kawin ni. hihi(gelak gedik)

majlis sanding aku bertempat di hotel de palma,ampang. memang tempat pilihan mak aku lettew. nasib baik kawin guna duit parent. huhu. kalo kawin guna duit sendiri, alamat umi, ko kawin 10 tahun lagi atau kawin wat doa selamat je. hihu. alhamdulillah..rezeki Allah bagi kawin awal.=))

kami berkampung di hotel de palma selama 3 hari 2 malam. jumaat nikah. sabtu majlis sanding sebelah perempuan. so ahad sedara mara semua especially yang dari kelantan still stay kat sana sebab majlis sebelah lelaki pulak di adakan di dewan prima LJT taman melawati.

memang memudahkan urusan semua pihak bila kami semua berkampung di sana. malam selepas selesai majlis akad nikah, ada rehearsal plak. so aku mintak my beautiful bridesmaid and her fiance untuk turun padang join rehearsal. at least dorang tau nak buat apa pada hari kejadian. actually senang je keje pengapit nih. ko kipas2 je pengantin n senyum n make sure pengantin tu ok so u've done a good job.

 majlis sanding aku nih, siap ada lagu2 di setiap check point. ecewahhh. so masa rehearsal malam tu, wedding coordinator kami dah explain everythg . try ar jalan slow2 and bajet senyum je. kelakar gak ar pengapit ak aka my bff cakap aku jalan macam nak kawad kaki malam tu. wakakakak. PERLAHAN...JALAN! hiiiihuuuuu

esoknya majlis yang dinantikan tiba. pepagi dalam kol 10.30, MUA datang dah nak siap2kan kami raja sehari ni. kali ni berbeza sikit dengan hari nikah sebab encik suami ada menemankan di bilik. so takdela nebes bagai kan. kalo nebes pon, sesamela kita nebes kan ayg. hehe. encik suami siap lambat sebab yela orang lelaki nak siap ape sangat pon. pakai itu ini dah siap dah. hihu







dah ready sume, wedding coordinator call. dia bagi masa 10 minit to get ready untuk turun. so sempat gak photographer snap few pics of us. bff aku pun ada sama menemankan hari tu. dorang datang awal. thnx korang! love u all!








okey agak2 dah 10 minit tu, kami pun turun dengan excitednya. ahaks~ sekali wedding coordinator cakap awat turun awai sangat. haiisshhhh awal ke ni...rasa da lama menunggu kat atas. lama tunggu sebab tetamu VIP aka people yg akan beri salam restu lambat sampai...pak long ak lettewww..so kami si pengantin ni di bawa ke bilik menunggu VIP dulu. waiting room tu memang tetamu yg duk meja belakang2 leh nampak so terkantoi sikit dah pengantin di situ. bukak je pintu, jadik nebes sebab nampak tetamu VIP ...hehehe which are mama n ayah mertuaku, tok su, mak2 sedara aku, pakcik sedara aku, n pakcik sedara suamiku. so sementara tunggu paklong ak sampai, kami pun bergamba dulu dalam waiting room tu.





so nak di pendekan citer, huhu rasa cam panjang sangat nanti bosan plak kan nak baca. alhamdulillah majlis kami mula 1.30ptg dan habis lebih kurang jam 4 ptg. majlis bermula dengan salam restu. kemudian para tetamu VIP bergerak ke meja beradab followed by pengantin. sepanjang makan beradab tu, ada tayangan montaj dan ucapan oleh kekanda ku tersayang, abg amir. hohoho sayang bangat sama bamir! lepas makan, cam bese la potong kek! then pengantin dan family bergerak ke pintu utama dewan untuk bersalam-salaman dengan tetamu yg hendak pulang.(gile skema ayat aku kan.) finally, bergamba sakan la! tapi tu pun ramai gak kengkawan yg aku tak dapat nak bergambo gak. papepon jutaan terima kasih kepada para tetamu jemputan yang sudi hadir ke majlis resepsi umi dan wan. terima kasih kaum keluarga esp mama dan abah yang merealisasikan impian anakanda mu ini..sob3 nanges terharu. love u all. doakan kebahagiaan rumahtangga kami kekal ke syurga. ameen.



























1 comment:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers