love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label penyatuan dua hati. Show all posts
Showing posts with label penyatuan dua hati. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

majlis sanding 5512



salam. hai semua. eceh. hari ni nak update lagi blog.  okey jom cerita kisah majlis sanding aku. after 2 months baru nak citer kan. bese la tu. banyak komitment lain sejak kawin ni. hihi(gelak gedik)

majlis sanding aku bertempat di hotel de palma,ampang. memang tempat pilihan mak aku lettew. nasib baik kawin guna duit parent. huhu. kalo kawin guna duit sendiri, alamat umi, ko kawin 10 tahun lagi atau kawin wat doa selamat je. hihu. alhamdulillah..rezeki Allah bagi kawin awal.=))

kami berkampung di hotel de palma selama 3 hari 2 malam. jumaat nikah. sabtu majlis sanding sebelah perempuan. so ahad sedara mara semua especially yang dari kelantan still stay kat sana sebab majlis sebelah lelaki pulak di adakan di dewan prima LJT taman melawati.

memang memudahkan urusan semua pihak bila kami semua berkampung di sana. malam selepas selesai majlis akad nikah, ada rehearsal plak. so aku mintak my beautiful bridesmaid and her fiance untuk turun padang join rehearsal. at least dorang tau nak buat apa pada hari kejadian. actually senang je keje pengapit nih. ko kipas2 je pengantin n senyum n make sure pengantin tu ok so u've done a good job.

 majlis sanding aku nih, siap ada lagu2 di setiap check point. ecewahhh. so masa rehearsal malam tu, wedding coordinator kami dah explain everythg . try ar jalan slow2 and bajet senyum je. kelakar gak ar pengapit ak aka my bff cakap aku jalan macam nak kawad kaki malam tu. wakakakak. PERLAHAN...JALAN! hiiiihuuuuu

esoknya majlis yang dinantikan tiba. pepagi dalam kol 10.30, MUA datang dah nak siap2kan kami raja sehari ni. kali ni berbeza sikit dengan hari nikah sebab encik suami ada menemankan di bilik. so takdela nebes bagai kan. kalo nebes pon, sesamela kita nebes kan ayg. hehe. encik suami siap lambat sebab yela orang lelaki nak siap ape sangat pon. pakai itu ini dah siap dah. hihu







dah ready sume, wedding coordinator call. dia bagi masa 10 minit to get ready untuk turun. so sempat gak photographer snap few pics of us. bff aku pun ada sama menemankan hari tu. dorang datang awal. thnx korang! love u all!








okey agak2 dah 10 minit tu, kami pun turun dengan excitednya. ahaks~ sekali wedding coordinator cakap awat turun awai sangat. haiisshhhh awal ke ni...rasa da lama menunggu kat atas. lama tunggu sebab tetamu VIP aka people yg akan beri salam restu lambat sampai...pak long ak lettewww..so kami si pengantin ni di bawa ke bilik menunggu VIP dulu. waiting room tu memang tetamu yg duk meja belakang2 leh nampak so terkantoi sikit dah pengantin di situ. bukak je pintu, jadik nebes sebab nampak tetamu VIP ...hehehe which are mama n ayah mertuaku, tok su, mak2 sedara aku, pakcik sedara aku, n pakcik sedara suamiku. so sementara tunggu paklong ak sampai, kami pun bergamba dulu dalam waiting room tu.





so nak di pendekan citer, huhu rasa cam panjang sangat nanti bosan plak kan nak baca. alhamdulillah majlis kami mula 1.30ptg dan habis lebih kurang jam 4 ptg. majlis bermula dengan salam restu. kemudian para tetamu VIP bergerak ke meja beradab followed by pengantin. sepanjang makan beradab tu, ada tayangan montaj dan ucapan oleh kekanda ku tersayang, abg amir. hohoho sayang bangat sama bamir! lepas makan, cam bese la potong kek! then pengantin dan family bergerak ke pintu utama dewan untuk bersalam-salaman dengan tetamu yg hendak pulang.(gile skema ayat aku kan.) finally, bergamba sakan la! tapi tu pun ramai gak kengkawan yg aku tak dapat nak bergambo gak. papepon jutaan terima kasih kepada para tetamu jemputan yang sudi hadir ke majlis resepsi umi dan wan. terima kasih kaum keluarga esp mama dan abah yang merealisasikan impian anakanda mu ini..sob3 nanges terharu. love u all. doakan kebahagiaan rumahtangga kami kekal ke syurga. ameen.



























Wednesday, July 4, 2012

2 bulan sudah



alhamdulillah....2 bulan sudah..ecehhh macam usia kandungan la puleeekkk kaannnn...wakakaka. okey sebenarnya hari ni kami sudah 2 bulan menjadi suami isteri. alhamdulillah. kami tercipta untuk satu sama lain. moga kasih syg kami terus bercambah keranaNya.insyaAllah. 


sepanjang tempoh 2 bulan bergelar isteri, byk sgt kebahagiaan yg aku dpt sama ada dari suami tercinta, keluarga mahupun keluarga mertua. mereka semua sgt penyayang n baik hati. alhamdulillah moga kita tak lupa Allah di saat kita senang. 

aku rasa jadi wife ni sangat best. lagi2 fulltime housewife. cuma kita kena tahu nak gunakan masa terluang yang ada dengan sebaiknya. memang pekerjaan suri rumah ni pekerjaan yang mulia. makan minum pakai kebersihan rumah semua terjamin bila si isteri jadi suri rumah. cuba kalo ko keje doktor, kem salam la nak uruskan bebtul semua benda. maybe boleh tapi kene byk berkorban n kena ada toleransi antara suami isteri. insyaAllah husband aku ialah husband yg terbaik di dunia dan memahami ku.

dengar citer mungkin induksi aku start 24/7... if betol tarikh tuh, so aku just ada 20 hari bahagia sebelum hari2 stress . waaaaa cuakkkkk . okey hopefully everythg ok nanti. kena doa banyak2. be prepared mentally n physically.

2 bulan bergelar isteri. naluri untuk menjadi ibu tu makin membuak2. okey rileks. aku memang jenis tak menyabo sikit. sepanjang tempoh 2 bulan jadi isteri, bape kali entah aku beli upt kit tu. hahaha. bila negatif, aku stress, nanges2 kat laki aku ( ok xdela nanges kan..hihi)..laki aku plak xmau aku stress so dia pun cakap rileksla awal lagi..dia takdela terdesak nak anak sekarang pon... plus aku pun memang nak make sure preggy ke x sebab takot nanti tak perasan tengah2 preggy , pi wat keje2 berat n melonjak sana sini which 1st trimester ni sangat2 la penting untuk para2 ibu menjaga kandungan mereka dengan sebaiknya.

period aku sejak kawin jadi tak berapa nak regular. hmm. kadang zaman anak dara dulu pun memang tak berapa nak regular. so agak susah nak predict aku nye waktu subur. which aku kadang cuak xmenentu takot susah nak dapat anak. huhu.padahal aku ni doktor so aku tau apa yg aku kena buat. hihu~

tapi bila pikir balik, setiap yang Allah tentukan tu ada hikmahnya. ini semua ujian. kita perlu bersabar. maybe skg ni masa belum sesuai untuk aku bergelar seorang ibu. Allah Maha Mengetahui. n maybe masa yg ada nih, aku bole enjoy dulu ,honeymoon year la dengan hubby aku. nak kumpul duit leh pi umrah n menabung untuk masa depan.n masa yg ada nih, aku leh prepare diri aku jadi a better muslimah so that i can be a good mother later. ceeewaaahhh pandaila kau umi kan. okey macam byk plak membebel. 

buat suami ku tercinta wan izzuddin bin wan zaidi. hari ini ayg genap 2 bulan menjadi suami b, terima kasih ayg atas segala kebahagiaan yg ayg berikan. b bahagia berada di samping ayg. only Allah knows how much that i love u. semoga doa kita termakbul nanti dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah, sihat, bijak pndai,sempurna, menjadi pembela agama islam. saranghae!

Wednesday, June 20, 2012

review : majlis nikah


quick update. huh. makin malas nak update blog. ini ghupenyer perasaan bila da lama berblog . pasni lagi xde mood la nak update sebab dah keje kan. huhuhu. 

majlis akad nikah di adakan di surau tingkat 3 hotel de palma, ampang. alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun pagi  jumaat 4may tu agak kelam kabut sikit. hihu. paling tak best time nikah ni ialah tudung aku. haishhh. hancur gile. awning nak bengkang bengkok kan...berlipat sana sini. actually tu tudung sendiri. mak mertua belikan. memula awning memang santek. sekali masuk simpan dalam almari jadi huru hara tudung aku. tak plan pon nak pakai tudung tu memule sebab dah ada tudung yg diberi sekali dengan baju nikah tu. baju nikah aku sewa je. hehe. ada yang sendiri punya tapi ada isu di situ. maka pakaila yang sewa. 

mak aku yang cadangkan wat nikah kat hotel sebab senang nak pasang siap sume. nenek dari kelantan n sedara mara nak tdo sini pon senang. rumah aku kat setapak kecik je so senang wat kat hotel. kalo kat masjid area umah aku bole je, tapi cam bse la xde penempatan untuk sedara mara kelantan nanti. 

bilik yang aku dapat memang special untuk bride&groom. bilik besar n cantik. kira sekali honeymoon kat hotel la. hehehehe. alhamdulillah. even xkeje lagi time nak kawin tu, tapi oleh kerana guna duit mama n abah, makanya dapatlah aku merasa semua ni. tq Allah for all of this. 

pukul 1 gitu akak make up sampai. tapi time tu aku ngah makan kat coffe house hotel tu. mestila kene makan dulu weyh kang pengantin lapar payah plak kan time2 nikah nak cari food. hihi. so lebih kurang sejam make up then siaplah . naseb gak takle solat so senang sikit xpayah riso nak buang make up n kejar waktu solat pas habis majlis akad nikah. alhamdulillah

dah siap sume, tetibe mak aku masuk bilik aku. uncle Li pon ada sekali. so uncle Li yang akan mengiringi aku. chewwahh macam bella twilight yang di iringi ayahnya ke edward mase wedding dorang. okey merepek. nape uncle Li? sebab ayah aku busy kat bawah uruskan hal sume.

berdebar2 tu memang tak payah cakap la kan. naseb bestie aku nadia akmal pon ada sekali turun dengan aku. so takdela nak nebes2 terlampau. bilik aku kat level 9. so turun lif kat level 3. keluar je, perghh ramai orang kat depan surau. sekali aku nampak sorang ag bestie aku, munyati n tunang tersyg die, iezuan. wahhh xsangka die datang! jauh tu weiii dari johor! thnx a lot dear for coming! terharu aku!

kaki pon melangkah masuk surau. aku tengok hantran semua dah selamat di susun atur. sedara mara lelaki n sebelah aku pon dh berkumpul dalam surau. aku pon duduk atas bantal nikah silver tu. rase takle nak duk diam. aku dok toleh kanan kiri. gelak2 panggil kawan aku. adeiii sekali kene tegur dengan mama suh duduk diam sikit. uishh pelik rase duk diam je. tapi terpaksa gakla kan. ada kau nampak pengantin excited ke hulur hilir? xde kan..hohoho

aku usha2 gak suami aku time tu. hehe. encem! aku pon pikir cane la perasaan die kan time tu. mesti nebes2 nak akad nikah satgi. tok kadi memulakan majlis. cakap2 bagai yang aku pon tak bape ingat. then dia bagi khutbah nikah, time ni kene amik perhatian bebetol sebab tok kadi bgtau apekah tanggungjawab2 suami isteri dan sebgainya. time tu rase cam wahhh serius ke aku nak kawin dah nih...huhu.

then tibalah saat akad nikah. mula dengan istighfar then tok kadi berjabat tangan dengan suami aku. alhamdulillah dengan SEKALI LAFAZ je, aku SAH BERGELAR ISTERI kepada suami tercinta WAN IZZUDDIN BIN WAN ZAIDI. syukur.... kini kami dah jadi pasangan yang halal! yeayyyy!!!!!


pastu, suami wat solat sunat nikah then baca taqliq. then suami datang untuk membatalkan air sembahyang beliau. hahaha. salam cium tangan cium dahi. sesi bergambo2 sambil memegang mas kawin n hantaran. dah macam artis kau. papepon inilah pengalaman dan saat terindah dalam hidup kami yang tak dapat dilupakan. bermulalah hidup kami sebagai suami isteri setelah 5 tahun bercinta. tak sangka gak ghupenye inilah suami yang aku nanti2 kan. 

ingat lagi doa yang aku selalu panjatkan " ya Allah, jika dia ditakdirkan untuk aku, maka KAU dekatkanlah hatinya dengan hatiku" . okeyla...daaa~

layan video yang aku wat sendiri nih k..hehe



Sunday, June 17, 2012

review : make up nikah



okey memandangkan pic wedding da siap so dengan semangatnya nak hapdet blog! hihihi .
ok jom review make up nikah arini.

nikah 4 mei 2012 pukul 3 ptg. perghhh tarikh keramat tu... pagi tu aku call akak ziela ni nak tanya pasal bantal nikah. nk sewa sebab hotel de palma takde sediakan bantal nikah ye kawan2. huhu. agak panik pagi jumaat tu sebab ade je barang yang tak complete lagi. ada kejadian yang agak mencemaskan jugak mase call akak ziela ni sebab dia hampir2 terlupa dan konpius tarikh/hari nikah aku tapi alhamdulillah sumenya selamat sudah. =__= pheewww~

tepat kol 12 tghari, abang aku anto aku dan adik gedik aku ,ika pi check in kat hotel dulu. senang make up sume wat kat sana . nanti dah siapkan diri, tinggal nak turun je kat surau hotel. 

make up nikah amik MUA yang sama time tunang dulu. yela nk senang lagipon make up akak tu ok n mama pun puas hati. eh macam mama aku pulak yang nak make up kan..huhu. okey papepon akak ziela irdeena nih memang best, cun & make up mantap! hihi

yang payah nye time dia make up, mesti mata aku berair especially time nak pakaikan bulu mata..h0h0 sampai comot2 dah eyeliner aku..dahla mata ku ni kecik, memang susahla nak bukak luas2 kan. pastu jerawat memang terbaik tumbuh bagaikan cendawan kat dagu aku. naseb dalam pic xnampak sangat...hehehehe...tapi bekas2 jerawat yang berlobang2 nih xle wat pe la kan...

jom layan pic make up nikah








Tuesday, October 18, 2011

special for U

assalamualaikum

this entry is soooo special for someone special in my life...ececeh..eh aku bukan lesbian ok. ni aku nak dedicate untuk membe rapat,baik,kamceng, yang terbaik dari kecik zaman sekola aku yang baru berkahwin last saturday 16/10/11.

nak dipendekkan cerite,,,sedih bebenau kalo kome tak dapat gi wedding kawan baik kome sendiri kan..huhu tapi nak buat camne...rumah dekat cane sekalipon tapi kalo Allah tak izinkan tetap jugak kome tak dapat datang...hanya Allah je yang tahu betapa sedihnye aku mase tu ( ceyh nak stat dah ayat skema kesedihan aku)..siap nanges2 atas katil mase sms membe aku cakap tak dapat dtg...okey over plak kan aku..mmg pelakon air mate!

act...balik dari teluk intan, aku tibe2 je demam bagai sampai muntah2...hoiii terok jugak ar mabuk aku tuh..sehari xmakan..lembik betol...esoknya berharap ar leh baik demam n g wedding kwn aku aleh2 ....ok xpela yang penting now membe aku dah selamat jadi wife org! aku sangat2 hepi!!!! menangis sebab terlampau hepi! ( ok fine. nanges ag? )

mase hari wedding dia, aku& mr dentist yang sepatutnya jadi pengapit...tapi terpaksala cari pengganti..h0h0h0h...~ then naseb bek ade membe yang cool je jadi bidan terjun! terbaik ar kureen! cik kureen ni pon bakal menamatkaan zaman daranya hujung tahun ni.hehe.bestnyer! makin ramai membe2 yang nak kawen!

tema wedding yana : pink+purple. cantik n sweet!

jom tengok pic yana n husband die kawen! ni sume aku cilok dari fb membe2 aku jugek..heheh ~















aku sgt suke picture ni ok!!!! ratu sehari kita ni nampak sangat2 gojesss!!! 







buat sahabatku yana...
aku nak ucapkan selamat pengantin baru! ( yela..nak wish ape ag kan..hehe)
moga korang berdua hidup aman bahagia dunia akhirat hingga ke syurga..(amiin)
moge korang dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..( cepat pregnant! xsabar! hehehe)
moge kalian berdua sentiasa dilimpahi rasa kasih dan sayang antara satu sama lain ( amiin! )
akhir kate...yana aku sayang ko! wahhh pasni aku mesti rindu ko n mesti susah nak jupe sebab ko dah ade husband..huhu~ tapi xpe aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko n nak tengok korang berdua hidup bahagia bersama ^_^


Saturday, November 6, 2010

wedding =)

salammmmm....helo semua!!! hehe kalo nak bercerite tentang wedding ceremony ni mmg besh! saya sgtla suke tgk org kawen..suke suasana wedding tu..suke tgk pengntin..suke mkn free..heheeeee....hah korang nampak x pic kat atas tu? tu ayah saya..hensem x? siap posing lagi depan tu..keh3..tadi g kenduri kawen kat gombak...anak kepada kawan mama yg kawen...

ni la lauk yg sy mkn tadi...hehe bole tahan sedapnyer nih..nyum2~

pengantin lelaki segak berjalan menuju ke arah pengantin perempuan..mereka mengenakan kombinasi warna grey dan pink..erm not bad la color ni..heee

so ni mase pengantin lelaki dh sampai nak membawa permaisuri hati dia menuju ke tempat pelamin lak..huuu santekkkk tuhhhh pengantin nye kan ^_^

tngokla pasangan pengantin nih...berseri2 gituh..auuwww! oh tergedik sebentar..hehe..same cantk sama padan..

cube tengok baju pengapit pengantin perempuan ni, cantik gak kan..hehe orgnye pon cantik..

ni tempat utk pengantin makan beradab...fuhhh tgkla maknan2 nyer..sedap kot if dapat sumbat semua masuk dalam perot..hiii =P

cantik!
sekian terima kasih..hehe..tibe2 ade pic budak mane ntah kat bawah nih..bajet comey kan..hakhak..ala skli skale okey..kui3..oppsss jgn ade sifat sombong ye..sentiasa kene merendah diri hidup kat atas dunia...

to pasangan pengantin baru hari ni
moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..moga cinta kalian membawa ke syurga..aminnn..serta dikurniakan cahaya mata yg comey and ramai..

jom nyanyi lagu selamat pengantin baru...!



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers