love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label lovestory. Show all posts
Showing posts with label lovestory. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

majlis sanding 5512



salam. hai semua. eceh. hari ni nak update lagi blog.  okey jom cerita kisah majlis sanding aku. after 2 months baru nak citer kan. bese la tu. banyak komitment lain sejak kawin ni. hihi(gelak gedik)

majlis sanding aku bertempat di hotel de palma,ampang. memang tempat pilihan mak aku lettew. nasib baik kawin guna duit parent. huhu. kalo kawin guna duit sendiri, alamat umi, ko kawin 10 tahun lagi atau kawin wat doa selamat je. hihu. alhamdulillah..rezeki Allah bagi kawin awal.=))

kami berkampung di hotel de palma selama 3 hari 2 malam. jumaat nikah. sabtu majlis sanding sebelah perempuan. so ahad sedara mara semua especially yang dari kelantan still stay kat sana sebab majlis sebelah lelaki pulak di adakan di dewan prima LJT taman melawati.

memang memudahkan urusan semua pihak bila kami semua berkampung di sana. malam selepas selesai majlis akad nikah, ada rehearsal plak. so aku mintak my beautiful bridesmaid and her fiance untuk turun padang join rehearsal. at least dorang tau nak buat apa pada hari kejadian. actually senang je keje pengapit nih. ko kipas2 je pengantin n senyum n make sure pengantin tu ok so u've done a good job.

 majlis sanding aku nih, siap ada lagu2 di setiap check point. ecewahhh. so masa rehearsal malam tu, wedding coordinator kami dah explain everythg . try ar jalan slow2 and bajet senyum je. kelakar gak ar pengapit ak aka my bff cakap aku jalan macam nak kawad kaki malam tu. wakakakak. PERLAHAN...JALAN! hiiiihuuuuu

esoknya majlis yang dinantikan tiba. pepagi dalam kol 10.30, MUA datang dah nak siap2kan kami raja sehari ni. kali ni berbeza sikit dengan hari nikah sebab encik suami ada menemankan di bilik. so takdela nebes bagai kan. kalo nebes pon, sesamela kita nebes kan ayg. hehe. encik suami siap lambat sebab yela orang lelaki nak siap ape sangat pon. pakai itu ini dah siap dah. hihu







dah ready sume, wedding coordinator call. dia bagi masa 10 minit to get ready untuk turun. so sempat gak photographer snap few pics of us. bff aku pun ada sama menemankan hari tu. dorang datang awal. thnx korang! love u all!








okey agak2 dah 10 minit tu, kami pun turun dengan excitednya. ahaks~ sekali wedding coordinator cakap awat turun awai sangat. haiisshhhh awal ke ni...rasa da lama menunggu kat atas. lama tunggu sebab tetamu VIP aka people yg akan beri salam restu lambat sampai...pak long ak lettewww..so kami si pengantin ni di bawa ke bilik menunggu VIP dulu. waiting room tu memang tetamu yg duk meja belakang2 leh nampak so terkantoi sikit dah pengantin di situ. bukak je pintu, jadik nebes sebab nampak tetamu VIP ...hehehe which are mama n ayah mertuaku, tok su, mak2 sedara aku, pakcik sedara aku, n pakcik sedara suamiku. so sementara tunggu paklong ak sampai, kami pun bergamba dulu dalam waiting room tu.





so nak di pendekan citer, huhu rasa cam panjang sangat nanti bosan plak kan nak baca. alhamdulillah majlis kami mula 1.30ptg dan habis lebih kurang jam 4 ptg. majlis bermula dengan salam restu. kemudian para tetamu VIP bergerak ke meja beradab followed by pengantin. sepanjang makan beradab tu, ada tayangan montaj dan ucapan oleh kekanda ku tersayang, abg amir. hohoho sayang bangat sama bamir! lepas makan, cam bese la potong kek! then pengantin dan family bergerak ke pintu utama dewan untuk bersalam-salaman dengan tetamu yg hendak pulang.(gile skema ayat aku kan.) finally, bergamba sakan la! tapi tu pun ramai gak kengkawan yg aku tak dapat nak bergambo gak. papepon jutaan terima kasih kepada para tetamu jemputan yang sudi hadir ke majlis resepsi umi dan wan. terima kasih kaum keluarga esp mama dan abah yang merealisasikan impian anakanda mu ini..sob3 nanges terharu. love u all. doakan kebahagiaan rumahtangga kami kekal ke syurga. ameen.



























Wednesday, June 20, 2012

review : majlis nikah


quick update. huh. makin malas nak update blog. ini ghupenyer perasaan bila da lama berblog . pasni lagi xde mood la nak update sebab dah keje kan. huhuhu. 

majlis akad nikah di adakan di surau tingkat 3 hotel de palma, ampang. alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun pagi  jumaat 4may tu agak kelam kabut sikit. hihu. paling tak best time nikah ni ialah tudung aku. haishhh. hancur gile. awning nak bengkang bengkok kan...berlipat sana sini. actually tu tudung sendiri. mak mertua belikan. memula awning memang santek. sekali masuk simpan dalam almari jadi huru hara tudung aku. tak plan pon nak pakai tudung tu memule sebab dah ada tudung yg diberi sekali dengan baju nikah tu. baju nikah aku sewa je. hehe. ada yang sendiri punya tapi ada isu di situ. maka pakaila yang sewa. 

mak aku yang cadangkan wat nikah kat hotel sebab senang nak pasang siap sume. nenek dari kelantan n sedara mara nak tdo sini pon senang. rumah aku kat setapak kecik je so senang wat kat hotel. kalo kat masjid area umah aku bole je, tapi cam bse la xde penempatan untuk sedara mara kelantan nanti. 

bilik yang aku dapat memang special untuk bride&groom. bilik besar n cantik. kira sekali honeymoon kat hotel la. hehehehe. alhamdulillah. even xkeje lagi time nak kawin tu, tapi oleh kerana guna duit mama n abah, makanya dapatlah aku merasa semua ni. tq Allah for all of this. 

pukul 1 gitu akak make up sampai. tapi time tu aku ngah makan kat coffe house hotel tu. mestila kene makan dulu weyh kang pengantin lapar payah plak kan time2 nikah nak cari food. hihi. so lebih kurang sejam make up then siaplah . naseb gak takle solat so senang sikit xpayah riso nak buang make up n kejar waktu solat pas habis majlis akad nikah. alhamdulillah

dah siap sume, tetibe mak aku masuk bilik aku. uncle Li pon ada sekali. so uncle Li yang akan mengiringi aku. chewwahh macam bella twilight yang di iringi ayahnya ke edward mase wedding dorang. okey merepek. nape uncle Li? sebab ayah aku busy kat bawah uruskan hal sume.

berdebar2 tu memang tak payah cakap la kan. naseb bestie aku nadia akmal pon ada sekali turun dengan aku. so takdela nak nebes2 terlampau. bilik aku kat level 9. so turun lif kat level 3. keluar je, perghh ramai orang kat depan surau. sekali aku nampak sorang ag bestie aku, munyati n tunang tersyg die, iezuan. wahhh xsangka die datang! jauh tu weiii dari johor! thnx a lot dear for coming! terharu aku!

kaki pon melangkah masuk surau. aku tengok hantran semua dah selamat di susun atur. sedara mara lelaki n sebelah aku pon dh berkumpul dalam surau. aku pon duduk atas bantal nikah silver tu. rase takle nak duk diam. aku dok toleh kanan kiri. gelak2 panggil kawan aku. adeiii sekali kene tegur dengan mama suh duduk diam sikit. uishh pelik rase duk diam je. tapi terpaksa gakla kan. ada kau nampak pengantin excited ke hulur hilir? xde kan..hohoho

aku usha2 gak suami aku time tu. hehe. encem! aku pon pikir cane la perasaan die kan time tu. mesti nebes2 nak akad nikah satgi. tok kadi memulakan majlis. cakap2 bagai yang aku pon tak bape ingat. then dia bagi khutbah nikah, time ni kene amik perhatian bebetol sebab tok kadi bgtau apekah tanggungjawab2 suami isteri dan sebgainya. time tu rase cam wahhh serius ke aku nak kawin dah nih...huhu.

then tibalah saat akad nikah. mula dengan istighfar then tok kadi berjabat tangan dengan suami aku. alhamdulillah dengan SEKALI LAFAZ je, aku SAH BERGELAR ISTERI kepada suami tercinta WAN IZZUDDIN BIN WAN ZAIDI. syukur.... kini kami dah jadi pasangan yang halal! yeayyyy!!!!!


pastu, suami wat solat sunat nikah then baca taqliq. then suami datang untuk membatalkan air sembahyang beliau. hahaha. salam cium tangan cium dahi. sesi bergambo2 sambil memegang mas kawin n hantaran. dah macam artis kau. papepon inilah pengalaman dan saat terindah dalam hidup kami yang tak dapat dilupakan. bermulalah hidup kami sebagai suami isteri setelah 5 tahun bercinta. tak sangka gak ghupenye inilah suami yang aku nanti2 kan. 

ingat lagi doa yang aku selalu panjatkan " ya Allah, jika dia ditakdirkan untuk aku, maka KAU dekatkanlah hatinya dengan hatiku" . okeyla...daaa~

layan video yang aku wat sendiri nih k..hehe



Tuesday, November 8, 2011

finale of cERiTeRa CiNtA

Heee memandangkan aku dah malas nak tulis lagi panjang ourlovestory so senang summarize je kisah kami berdua nih ^_^


sejak aku bagi buku islamic kat mr dentist & sekeping surat beserta bookmark, dia cuba cari aku ( yela susah gak nak tau sape bagi kalo name pon xde..just bg hint beday aku bile je.) untuk ucap terima kasih. aku pulak pikir yang mr dentist ni memang blur dan jenis xlayan perempuan kot ..dia amik mase 6 bulan then baru dapat tau aku yang bagi buku tu.hihi. tu pon sebab mase sekolah dulu, memang ada tampal senarai nama pelajar & date of birth kat papan kenyataan! hah..best x? so mase beday, pihak sekolah akan bagi keychain ^_^

what's the next step? oh mr dentist kem salam thru classmate aku. wahhh mase tu aku excited tahap miang ! eh melampau kan...heee then the next day i got a letter from him. =) die letak surat tu bwh meja aku ok..bukan face-to-face..aku memang cuak,segan,malu,gaban kalo berdepan dengan die..hihi...yang tak bestnye, surat tu tulis gune pensil n pakai ketas kecik yang di koyak dari buku..humm tapi xpe papepon aku suke! so the story begin with berutus2 surat dan bertuka2 biodata.ceyhh ~

mase dia habis spm, aku beranikan diri mintak no hp die..( gatal ek? ) oh there's another story behind that but just let it be in my heart only. so kami berkawan , share our problems, discuss about study and support each other..tapi mase ni kami still kawan je ok. jupe pon x. ingat lagi mase 1st time aku sms dia, aku rase dia ni bes and slumber je..aku rase selesa sgt kawan dengan dia..plus die ni gila2 n kelakar . 

sepanjang kitorang berkawan, byk gak main teka-teki. yela masing2 suke tapi xbgtau perasaan so we end up berteka-teki. penah gak die tanya aku straight forward ..aku ni suke die ke? uihhh gile ape aku nak ngaku??? then salu gak kitorang forward2 msg contoh yang aku ingat ag ( lebey kurang ar gini...)

1 missed call=kawan
2missed call=rindu
4missed call=cinta

so mr dentist missed call aku 3 kali ! agagag punyela xnak btau...aku pulak dok tunggu mane tau die nak missed call ag so thats mean die cinta aku! ahaha tapi xde pon..

mase aku kat matrik n mr dentist plak kat uitm ( 1st yr dental student), aku perasan mr dentist ni kerap wish aku goodnite.almost everyday. lain dari selalu. yela kalo kawan pon xdela ko nak wish goodnite selalu kan...aku pulak macam terlintas ar eh mr dentist ni suke aku ke? hihi minah perasan kan...tapi aku senyap jela.

1st time mr dentist luahkan perasaan ialah mase aku still kat matrik! heheee...mase tu sebelum waktu asar. aku kat rumah tgh lepak dalam bilik. tup2 dapat sms dari mr dentist. 

" saya cintakan awak..saya nak melamar awak jadi isteri saya.saya serius. saya janji akan memimpin dan menjaga awak dan menjadikan awak bidadari syurga ku.insyaAllah."


oh aku terkesima...mr dentist ni bukanla orang yang serius..tapi kalo die serius maknenye die memang betol2 seriusla.hihu~ so ape aku reply? of cos aku xcaye! haha. tapi die cakap die bukan main2. die memang sayangkan aku. fuhhh terkezuuuttt mak nak. lepas solat asar, aku termenung & fikir tentang sms dia..aku pon memang sukekan die n sayang tu memang ada. so aku pon balas sms dia n terima dia. then terus die pon kol aku. hihi berdebar2 mase cakap dengan mr dentist. aku dengar suara die pon cam gaban tapi still cool. =)

so bermula la episod cintan-cintun. lepas matrik aku follow die masuk uitm. suka duka pahit manis sume ada sepanjang tempoh nih. tapi kitorang tetap bertahan dan akhirnya last september 2011 aku telah dirisik . and we are now a step forward . this november 2011 we're gonna engaged then plan to get married nxt yr .insyaAllah.


Monday, April 25, 2011

ceritera CiNtA pt.5

buku & bookmark. hurm...bila agaknya aku nak bagi hadiah ni kat pengawas lelaki tu ek. dia suke ke if aku bagi hadiah ni??? ~

percutian 4hari itu terase begitu sekejap. ape2 pon aku happy sebab tak sabar rasenye nak bagi bookmark and buku ni pada die.bila dah sampai sekolah , terasa badan ni penat bangat sih,, so kemas semua barang2 and terus masuk tido. phewww~

***

ini merupakan minggu terakhir kami di sekolah bagi sesi 2003. hati riang gumbira bila memikirkan cuti panjang bakal menyusul ! hoyeee cuti!!! tapi aku kene buat something before aku cuti nih... so after school, aku pon seperti biase la berjalan2 dengan hati berdebar2 sambil mata meliar mencari kelibat pengawas lelaki tu kat kelas die. BUT...NO ONE there! omooo..ke mane pulak semua orang pergi nih??? tapi dalam hati lega juga sebab inilah peluang aku nak letak hadiah ni kat meja die. yes!!!

" fatun, teman aku jap. aku nak letak buku and bookmark ni kat meja die" . okey aku dan fatun melangkah dengan penuh berhati2 (seperti pencuri) masuk ke kelas mereka. aku mencari2 meja die. haishhh salunye meja die kat belakang nih! keluh hatiku sebab tak dapat cari tempat dia. " umi kat sini ! " selamat fatun dah jupe. huuu~ aku pon letak buku dan bookmark tu kat drawer meja die. aku selitkan jugak sepucuk surat sebagai tanda perkenalan diri. tapi aku takdela bagitau name aku. aku cume tulis princess0406. =__=



so aku dan fatun pon segera beredar dari kelas dia. sebaik aku tiba di depan dewan makan, aku menoleh ke arah fatun. " tun, aku tibe2 rase nak amik balik la buku tuh. aku takotla. malunyerrr.." fatun tersentak. " ko ni, biar betol umi. dah tu, nak amik balik? " aku pon sambil berpatah balik mengiyakan pertanyaan fatun tu. aku berjalan dengan pantas menuju je kelasnya. nasib baik mejanya betul2 sebelah tingkap . aku pon lantas mencapai buku aku dan segera beredar. fuhh~ apela gila betol aku ni. nasib baik orang tak nampak. sangatla tak elok bile tengok perangai dak pompuan nih. haisshh~




rakan2 ku yang lain juga mengetahui apa yang terjadi . so diorang pon menunggu kesahihan cerita dari aku. aku yang melihat kelibat mereka di depan dewan makan mempercepatkan lagi gerakan langkahku. " umi, betol ke ko ni? dah alang2 ko beli, ape salahnya bagi kat dia. lagipon itu kan buku ilmiah. " maisarah memulakan bicara. " aku tak yakinla mai. aku takot.cuakkkk dan sangat malu. adoiii tak keruan rase" aku memang orang yang susah nak buat  decision. aku boleh ubah any decision at anytime. sangatla tak tetap pendirian orangnye, huhu.  " camni la, ko bagi je buku tu, letak kat meja die. nanti tengokla ape respon die k. " aku mendiamkan diri seketika. menarik nafas dan mencari kekuatan untuk letak buku tu balik dan berdepan dengan sebarang kemungkinan dan response dari dia. 

" baiklah".  aku berlari2 anak menghampiri kelasnya dan letak buku tu. tanpa menoleh ke belakang lagi, aku segera beredar dan tawakal . ( cehhh sempat lagi nak tawakal. ^__^ )



Saturday, March 12, 2011

ceritera CiNtA pt.4


semakin hari minat ku terhadap lelaki itu semakin bertambah...bukan minat je bahkan suka! heee~ setiap pagi sebelum masuk ke kelas, aku kan memerhatikan dia dari tingkat atas sekolah..atau dalam erti lain usha la~ hahah hati ni tak dapat menahan diri dari terus menyembunyikan perasaan suka lihat dia.bila pulang dari kelas, mata akan mencari-cari kelibat pengawas tu kat kelas. dan bila sahaja hati ni ternampak dia, jantung pasti berdebar-debar. tertunduk malu dan tidak menentu diri ini bilamana mata kami bertentang. tapi dia masih tak tahu yang aku suka kan dia. apetah lagi nama ku pasti dia tidak tahu, atau entah2 kewujudan aku selama ini pon dia tak perasan.haha yela ramai lagi student lain kat sekolah ni. tak kan dia leh kenal aku kot.

***

PMR dah semakin hampir. masing-masing sibuk study dengan tekun dan gigih. target aku memang nak dapatkan 9A. insyaAllah. dewan bestari akan digunakan tiap kali musim peperiksaan tiba. dewan itu tidak jauh dari kelas 4 uthman, kelas pengawas lelaki itu. sebaik sahaja  semua pelajar di panggil masuk ke dewan, aku sempat menoleh ke arah kelas2 tingkatan 4 dan aku ternampak kelibat pengawas lelaki tu sedang membasuh tangan di paip berdekatan dengan kelasnya. hati ini rasa lega dan gembira sangat! asal sahaja nampak dirinya, aku menjadi semangat! dan aku mengatur langkah ke dewan dan menjawab kesemua exam dengan cemerlang dengan izin Allah jua. alhamdulillah~




***

hujung tahun. ye sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 apabila tamat PMR untuk mengadakan lawatan/bercuti ke tempat2 lain. yeah...nak relase tension kot. hehehe.  so kelas aku decided nak pergi PULAU PINANG. memang best gi sana. memandangkan pertama kali aku ke utara.heeee~so excited tu lebih la.

sebelum pulang ke kl, aku bercadang nak membelikan sesuatu untuk pengawas tu. penat jugak otak nak pikir ape yang mahu di belikan . akhirnya aku belikan sebuah buku dan bookmark untuknya. buku tu tajuknya PENAWAR JIWA REMAJA.

TO BE CONTINUED..

Sunday, February 27, 2011

ceritera CiNtA pt.3


aku berjalan beriringan dengan pelajar-pelajar lain menuju ke kelas masing-masing selepas tamat perhimpunan pagi itu. " adoi..penatnya naik tangga ni..napela kelas duk jauh sangat ..haiisshhh! " aku mengeluh sendirian. memang kelas-kelas tingkatan 3 semuanya di tempatkan di level atas sekali. so nak taknak kenalah panjat tangga sekolah ni setiap hari. mau basah ketiak bila dah sampai kelas. huhuhu. tiba sahaja di bahagian anak tangga yang terakhir, aku memandang ke ground floor dan terlihat sekumpulan pengawas2 lelaki sedang berjalan. aku menghentikan langkah dan mencari kelibat lelaki yang bagi aku tabung tu. 

oh itu dia! aku lihat dia berjalan sambil menggalas beg di bahu dengan sebelah tangan. memang tak dinafikan pandangan aku terhadap dia cukup berbeza. tidak berganjak anak mata ku memerhatikan setiap langkahnya dari jauh hingga kelibatnya hilang. dia nampak smart sangat. ditambah pula dengan spek ( cermin mata ) dia membuatkan minatku terhadap die semakin bertambah. aku memang suka lelaki yang bercermin mata. mereka nampak bijak dan bagi aku hensem. =)


" hoi ! " kawanku, liana menepuk bahuku dari belakang. " weh! terkejut aku tau ! ko ni suka terkejutkan org ek" " la...ko tu kusyuk sangat tengok ape tu?? taknak masuk kelas ke?? "  aku tersengih lalu cepat2 meninggalkan kawanku itu tanpa jawapan. " eh kau ni umi ! tunggu aku ! " liana mengejar dari belakang.

***

kringggggggg! yeay kelas dah habis!!!! ish perot pun dah lapar sangat ni . lepas ni terus ke dewan makan untuk lunch dan lepas tu baru naik ke aspuri ( asrama puteri ). " korang...jomla cepat kita gi makan. aku lapa nih. " aku mengajak kawan2 aku, liana, arifatun, yaty, najmi, dan salihah. " eh jangan lupe bagitau mai dan nana sekali tau." pesan arifatun kepadaku. mai dan nana tidak sekelas dengan kami. mai kelas 3 Umar & nana pulak 3 Abu Bakar. " ok! " aku lantas menuju ke kelas mereka dan kami semua berjalan ke dining hall. kami melewati kelas 4 Uthman.  mata ku ini automatically melirik ke arah pengawas lelaki itu yang duduk di bahagian belakang sekali. aku nampak die sedang sibuk mengemas beg . tiba2 die menghentikan keje mengemas begnya itu dan memandang tepat ke arahku! ya Allah! seperti nak terkeluar jantung ni ! berdebarnya! aku dapat rasakan tiap degupan jantungku ini. tak tentu arah aku di buatnya. aku lantas mengalihkan pandangan dan jalan dengan laju. berpeluh2 muka ni dan menahan malu akibat kantoi usha lelaki tu. huhuhu~


TO BE CONTINUED...

Friday, February 11, 2011

ceritera CiNtA pt.2

" yana, aku nak cakap something kat ko. " tiba2 aku bersuara sebelum kami masuk ke kelas. " cakap ape? bgtau la aku " balas liana ringkas. " ko ingat x budak lelaki yg bg tabung kat aku mase kita same2 kutip derma kat kelas 4 uthman tu?? aku tak tau la nape tapi aku macam suke kat dia la."  raut muka sahabatku itu seperti cuba mengingati kejadian tempoh hari. " oh lelaki pengawas tu ke? hurm...kalau tak silap aku, orang bagi gelaran kat die atok. die tu budak nasyid sekola kita. ala yang main tamborin tu." liana menerangkan pada aku.





oh ! budak nasyid ke. SUARA SMAKL. hurm...itula name group nasyid sekola kami. baru aku perasan rupa-rupanya dia ni la budak nasyid yang best gile main tamborin tu. memang setiap kali dia naik ke pentas dan memulakan pukulan tamborin die ke tangan hingga badan dan sampai satu tahap ke kaki pon ade! semua orang akan tepuk tangan dengan kuat. aku pula mase tu pon memang tak ketinggalan tepuk tangan jugak sampai berdiri2 nak tengok budak lelaki ni main tamborin. boleh di katakan dia antara yang terbaik dalam group nasyid tu dan sangat menarik perhatian semua tiap kali ade show nasyid. group SUARA SMAKL ni memang selalu menang dalam mana2 pertandingan nasyid. memang tak hairanlah kalau dorang famous kat sekola nih. kebanyakkan budak nasyid ni plak budak pengawas so semuanya mestila baik2 orangnya kan. iye ke? hehe entahla tapi aku rase macam tu la. tapi aku tak perasan pulak budak ni yang bagi tabung tu kat aku sebab aku xpandang sangat muke die. yela malu kot! huhu~



" liana, siapa name die ek? " aku semakin ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki itu. " nama dia wan izzuddin wan zaidi " .

maksud nama izzuddin : kemuliaan dan kekuatan agama

Friday, January 28, 2011

ceritera CiNtA

" umi, hari ni turn kita pulak untuk kutip derma . lepas rehat kita pergi okey. " ajak liana , sahabatku semasa di tingkatan 3 . kami sama-sama ajk biro kebajikan sekolah. " okey." aku jawab ringkas sambil melemparkan senyuman. dalam hati ni masih tebal dengan perasaan segan dan malu tiap kali nak masuk kelas-kelas senior terutamanya. kami akan ditugaskan untuk mengutip derma tiap kali berlakunya kemalangan jiwa atau musibah kepada pelajar atau family pelajar terbabit. 

aku dan liana berjalan dari level ke level. sekolah kami tak besar. cuma 2 blok. kelas pon tidak banyak. setiap batch cuma 5 kelas sahaja...nama kelas diberi mengikut nama sahabt2 nabi : abu bakar,omar,uthman,ali dan hamzah. wang yang dihulurkan oleh para pelajar kami sambut dengan ucapan terima kasih dan senyuman. kami menuruni anak tangga sekolah dan melangkah pula ke kelas di bahagian bawah dan tibalah kami ke kelas yang terakhir iaitu kelas tingkatan 4 uthman. 


knock! knock! aku mengetuk pintu kelas dan segera berjalan menuju ke arah cikgu yang sedang mengajar di hadapan kelas. aku dapat rasakan semua mata tertumpu ke arah aku. berdebarnya hati ni.." cikgu, kami dari biro kebajikan nak mohon derma bagi pihak yang memerlukan". gile skema kan aku cakap...hakhak.. cikgu kelas membenarkan kami mengutip derma. aku menghulurkan tabung kepada pelajar di barisan hadapan sekali dan tabung itu akan di hulurkan pula kepada pelajar seterusnya.  yela takkan aku pulak nak mengadap sorang2 dan hulur tabung??? segan kottt! ish3... terasa macam badut pon ade jugak berdiri tercongok tunggu tabung tu. haisshhh tak bole ke dorang ni cepat sikit hah?? 



okey dah sampai kat orang yang last sekali..aku baru je nak p amik tabung tu kat die, tibe2 budak lelaki tu bangun dari tempat duduk die kat belakang sekali tu dan jalan ke depan menuju ke arah aku. and hulurkan tabung tu kat aku. aku yang tanpa melihat wajah die cepat2 amik sebab dah tebal bape puluh inci dah muke ni dengan perasaan malu . tapi,,,tapi,,,tapi,,, tapi ape??? tapi...kenape aku rasa macam lain macam je ek??? masa aku amik tabung tu dari die tibe2 macam ade 1 perasaan pelik timbul dalam hati aku ni yang aku pon tak tau nak cakap atau explain cane. tapi memang pelik la. aku macam suke kat die. adekah sebab die tolong memudahkan keje aku anto tabung tu ke depan and bagi kat aku??? ish3.pelik tapi benar. 

siapa die tu..? yang aku perasan, die tu pengawas sekolah sebab terang2 la die pakai baju pengawas warna biru tu...tapi name die ape???



TO BE CONTINUED...


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers