love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 26, 2010

w A n I T a


Mengikut Muhktasar Tafsir Ibnu Kathir mula surat 354 menceritakan bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. sebelah kiri. Dalam pentafsiran tersebut dikemukakan Hadis Sahih yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Wanita dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s., dan sebengkuk-bengkuk tulang rusuk yang sebelah atas. Sekiranya kamu membetulnya dengan kasar ia akan patah, sekira kamu biarkannya ia akan membengkok. Oleh itu hendaklah kamu membetulkannya dengan lembut dan nasihat yang baik serta penuh kesabaran".


Dari sumber
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb

Wanita diciptakan dari tulang rusuk merupakan kiasan yang menerangkan tentang secara umumnya sifat degil itu wujud dalam diri wanita.Tulang rusuk didalam penciptaan-Nya adalah bengkok memainkan peranan dalam penciptaan_Nya.Ia juga berkait rapat dengan fitrah kejadian wanita samada dari sudut fizikal, psikologi serta tanggungjawab yang tergalas dibahu mereka.Wanita dari sudut fizikalnya adalah lemah dari lelaki, oleh itu mereka sukar untuk melindungi diri mereka dengan menggunakan fizikal mereka sendiri. Fitrah mereka dikurniakan rasa degil dan malu sebagai senjata untuk melindungi diri mereka.
Wanita adalah insan yang memiliki jiwa yang halus, lemah lembut ,penyayang dan kadangkala sering berubah-ubah dan tidak istiqamah dalam sesuatu perkara. Dalam Islam, wanita sangat dihormati dan diberikan tempat yang tinggi dan mulia, umat Islam diseru untuk melayan kaum wanita dengan baik dan bertimbangsara.. Mereka yang beriman dan memelihara kehormatan diri serta berpegang teguh dengan agama adalah wanita yang disanjung oleh baginda Rasulullah SAW. Hadith diatas cukup sempurna bagi menggambarkan sikap prihatin Rasulullah kepada wanita. Rasulullah berpesan dengan sesungguhnya agar melayani kaum wanita dengan cara yang sesuai dengan individu wanita itu sendiri. Cara menangani hal wanita haruslah penuh dengan kebijaksanaan, hanya lelaki yang bijaksana sahaja yang dapat melaksanakan pesanan Rasulullah ini..

4 comments:

  1. Kalau pengkid? LOL!

    hmm.. terima kasih. Entri sangat menarik.

    ReplyDelete
  2. camne nak lentur degil tuh? aja aku cik Umi..

    ReplyDelete
  3. hapiz rahman: thnx...=)

    duniakuabstrak: lentur degil? err sy xde ilmu nk ajar cne..sila tnye pd yg lbh pkar..

    ReplyDelete
  4. rahsia kesucian wanita...
    ^_^
    http://perisai-mahkotasufi.blogspot.com/2011/01/kenapa-aku-dijadikan-sebagai-seorang.html

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers