love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 20, 2012

review : majlis nikah


quick update. huh. makin malas nak update blog. ini ghupenyer perasaan bila da lama berblog . pasni lagi xde mood la nak update sebab dah keje kan. huhuhu. 

majlis akad nikah di adakan di surau tingkat 3 hotel de palma, ampang. alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun pagi  jumaat 4may tu agak kelam kabut sikit. hihu. paling tak best time nikah ni ialah tudung aku. haishhh. hancur gile. awning nak bengkang bengkok kan...berlipat sana sini. actually tu tudung sendiri. mak mertua belikan. memula awning memang santek. sekali masuk simpan dalam almari jadi huru hara tudung aku. tak plan pon nak pakai tudung tu memule sebab dah ada tudung yg diberi sekali dengan baju nikah tu. baju nikah aku sewa je. hehe. ada yang sendiri punya tapi ada isu di situ. maka pakaila yang sewa. 

mak aku yang cadangkan wat nikah kat hotel sebab senang nak pasang siap sume. nenek dari kelantan n sedara mara nak tdo sini pon senang. rumah aku kat setapak kecik je so senang wat kat hotel. kalo kat masjid area umah aku bole je, tapi cam bse la xde penempatan untuk sedara mara kelantan nanti. 

bilik yang aku dapat memang special untuk bride&groom. bilik besar n cantik. kira sekali honeymoon kat hotel la. hehehehe. alhamdulillah. even xkeje lagi time nak kawin tu, tapi oleh kerana guna duit mama n abah, makanya dapatlah aku merasa semua ni. tq Allah for all of this. 

pukul 1 gitu akak make up sampai. tapi time tu aku ngah makan kat coffe house hotel tu. mestila kene makan dulu weyh kang pengantin lapar payah plak kan time2 nikah nak cari food. hihi. so lebih kurang sejam make up then siaplah . naseb gak takle solat so senang sikit xpayah riso nak buang make up n kejar waktu solat pas habis majlis akad nikah. alhamdulillah

dah siap sume, tetibe mak aku masuk bilik aku. uncle Li pon ada sekali. so uncle Li yang akan mengiringi aku. chewwahh macam bella twilight yang di iringi ayahnya ke edward mase wedding dorang. okey merepek. nape uncle Li? sebab ayah aku busy kat bawah uruskan hal sume.

berdebar2 tu memang tak payah cakap la kan. naseb bestie aku nadia akmal pon ada sekali turun dengan aku. so takdela nak nebes2 terlampau. bilik aku kat level 9. so turun lif kat level 3. keluar je, perghh ramai orang kat depan surau. sekali aku nampak sorang ag bestie aku, munyati n tunang tersyg die, iezuan. wahhh xsangka die datang! jauh tu weiii dari johor! thnx a lot dear for coming! terharu aku!

kaki pon melangkah masuk surau. aku tengok hantran semua dah selamat di susun atur. sedara mara lelaki n sebelah aku pon dh berkumpul dalam surau. aku pon duduk atas bantal nikah silver tu. rase takle nak duk diam. aku dok toleh kanan kiri. gelak2 panggil kawan aku. adeiii sekali kene tegur dengan mama suh duduk diam sikit. uishh pelik rase duk diam je. tapi terpaksa gakla kan. ada kau nampak pengantin excited ke hulur hilir? xde kan..hohoho

aku usha2 gak suami aku time tu. hehe. encem! aku pon pikir cane la perasaan die kan time tu. mesti nebes2 nak akad nikah satgi. tok kadi memulakan majlis. cakap2 bagai yang aku pon tak bape ingat. then dia bagi khutbah nikah, time ni kene amik perhatian bebetol sebab tok kadi bgtau apekah tanggungjawab2 suami isteri dan sebgainya. time tu rase cam wahhh serius ke aku nak kawin dah nih...huhu.

then tibalah saat akad nikah. mula dengan istighfar then tok kadi berjabat tangan dengan suami aku. alhamdulillah dengan SEKALI LAFAZ je, aku SAH BERGELAR ISTERI kepada suami tercinta WAN IZZUDDIN BIN WAN ZAIDI. syukur.... kini kami dah jadi pasangan yang halal! yeayyyy!!!!!


pastu, suami wat solat sunat nikah then baca taqliq. then suami datang untuk membatalkan air sembahyang beliau. hahaha. salam cium tangan cium dahi. sesi bergambo2 sambil memegang mas kawin n hantaran. dah macam artis kau. papepon inilah pengalaman dan saat terindah dalam hidup kami yang tak dapat dilupakan. bermulalah hidup kami sebagai suami isteri setelah 5 tahun bercinta. tak sangka gak ghupenye inilah suami yang aku nanti2 kan. 

ingat lagi doa yang aku selalu panjatkan " ya Allah, jika dia ditakdirkan untuk aku, maka KAU dekatkanlah hatinya dengan hatiku" . okeyla...daaa~

layan video yang aku wat sendiri nih k..hehe



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers