love story..new chapter

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 12, 2011

ceritera CiNtA pt.4


semakin hari minat ku terhadap lelaki itu semakin bertambah...bukan minat je bahkan suka! heee~ setiap pagi sebelum masuk ke kelas, aku kan memerhatikan dia dari tingkat atas sekolah..atau dalam erti lain usha la~ hahah hati ni tak dapat menahan diri dari terus menyembunyikan perasaan suka lihat dia.bila pulang dari kelas, mata akan mencari-cari kelibat pengawas tu kat kelas. dan bila sahaja hati ni ternampak dia, jantung pasti berdebar-debar. tertunduk malu dan tidak menentu diri ini bilamana mata kami bertentang. tapi dia masih tak tahu yang aku suka kan dia. apetah lagi nama ku pasti dia tidak tahu, atau entah2 kewujudan aku selama ini pon dia tak perasan.haha yela ramai lagi student lain kat sekolah ni. tak kan dia leh kenal aku kot.

***

PMR dah semakin hampir. masing-masing sibuk study dengan tekun dan gigih. target aku memang nak dapatkan 9A. insyaAllah. dewan bestari akan digunakan tiap kali musim peperiksaan tiba. dewan itu tidak jauh dari kelas 4 uthman, kelas pengawas lelaki itu. sebaik sahaja  semua pelajar di panggil masuk ke dewan, aku sempat menoleh ke arah kelas2 tingkatan 4 dan aku ternampak kelibat pengawas lelaki tu sedang membasuh tangan di paip berdekatan dengan kelasnya. hati ini rasa lega dan gembira sangat! asal sahaja nampak dirinya, aku menjadi semangat! dan aku mengatur langkah ke dewan dan menjawab kesemua exam dengan cemerlang dengan izin Allah jua. alhamdulillah~




***

hujung tahun. ye sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 apabila tamat PMR untuk mengadakan lawatan/bercuti ke tempat2 lain. yeah...nak relase tension kot. hehehe.  so kelas aku decided nak pergi PULAU PINANG. memang best gi sana. memandangkan pertama kali aku ke utara.heeee~so excited tu lebih la.

sebelum pulang ke kl, aku bercadang nak membelikan sesuatu untuk pengawas tu. penat jugak otak nak pikir ape yang mahu di belikan . akhirnya aku belikan sebuah buku dan bookmark untuknya. buku tu tajuknya PENAWAR JIWA REMAJA.

TO BE CONTINUED..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers